REVOLUSI DIRI

3 Jenis Manusia

1. Mereka yang langsung tidak tahu apa yang berlaku : Golongan ini adalah manusia yang tidak suka dgn tanggungjawab dan cabaran. Walaupun peluang keemasan melalui mereka, mereka hanya berdiam diri.

2. Mereka yang membiarkan sesuatu berlaku : Golongan paling ramai di kelompok ini dan mereka mengkagumi apayang berlaku disekeliling mereka. Apabila ada peluang mereka membiarkan peluang itu berlalu. Apabila org lain berjaya, mereka akan berkata, sebenarnya saya patut mendapat peluang itu dulu.

3. Mereka yang berusaha menjadikan sesuatu berlaku : Jumlah orang yang berada golongan ke3 ini amat sedikit. Itulah sebabnya mengapa golongan berjaya amat kecil berbanding mereka yang tidak. Mereka pernah gagal. Namun mereka bangun kembali daripada kegagalan lalu dan muncul menjadi seorang yang mereka sendiri tidak pernah terfikir akan mencapai peringkat yang tertinggi.

( MEMBINA KARISMA )

SIAPA KAH DIRI ANDA

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan NabiSulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambilberkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.