Bagaimana Kita Membina Jati diri

Sebenarnya Kita telah kurniakan Anugerah yang sempurna dari ALLAH cuma kita sendiri yang kurang mengenali tentang diri sendiri.

1 -Kita di kurnakan AKAL
2- Kita di kurnakan TENAGA
3- Kita di kurnakan ANGGOTA
4- Kita di kurnakan KEMAHUAN
5- Kita di kurnakan MASA

Selamat Maju Jaya .......
kami sedia membantu Anda.

doa kurang jelas kilk

Ciri-ciri untuk menjadi seorang usahawan berjaya, atau boleh juga diaplikasikan dalam bidang yang lainnya. Berniaga MLM, Pensyarah yang berjaya, pelajar yang berjaya, atau sesiapa juga  yang ingin berjaya…

1. Semangat dalam diri untuk berjaya yang sangat kuat
Semangat yang kuat dari dalam diri penting untuk kita terus mencapai kejayaan dalam bidang apa pun yang kita ceburi. Iya, kadang-kadang keadaan persekitaran menyebabkan kita down dan seperti hilang kekuatan diri. Jenuh mencari namun tetap tidak berjumpa. Owhh..sangat tertekan bila berhadapan keadaan begini. Tanya dalam2 kepada hati kecil kita, apakah sebenarnya yang kita mahukan dalam hidup ini. Jika sudah menjumpai jawapannya, stick to it dan jadikan ia satu dorongan untuk mencapai apa yang kita mahukan.

Pedulikan apa orang nak kata, yang penting ianya tidak salah disisi agama dan etika kemanusiaan.
Jika anda selalu berasa tiada semangat, cari alternatif untuk mengatasi masalah ini. Mungkin bersahabat dengan seorang yang bermotivasi tinggi agar lama-lama kita juga akan terikut dengan dirinya. Tapi tolong jangan pengaruh kawan anda jadi tidak semangat dan negatif seperti anda. Jika anda tidak mahu berjaya, jangan tarik sama kawan2 yang ingin berjaya. Suruh dia tarik tangan anda ke atas…Kita sama2 naik ke atas dan berjaya OK?

2. Percaya pada diri sendiri
Percaya kita mampu lakukan apa yang perlu kita lakukan. Tak tahu tidak semestinya tiada, kadang kala kita tidak pernah mencuba sesuatu yang bagi kita bukan bidang kita. Sedangkan kemahiran itu sudah ada dalam diri kita. Cuma tidak pernah dicungkil dan diadakan. So, jangan takut untuk mencuba. Percaya pada keupayaan diri kita, orang lain akan percayakan kita. Saya juga sering menghadapi masalah ini, so jangan risau kalau anda juga berasa seperti saya. Jom sama2 kita perbaiki diri ok.

3. Bersedia untuk berubah
Sentiasa bersedia untuk berubah, cuba baca satu buku ini ” who moved my cheese”. Sangat bermotivasi tinggi. Jangan terlalu selesa dengan keadaan kita sekarang, kadang kala kita perlu berubah untuk capai kejayaan yang lebih tinggi. Jangan ingat kitalah yang paling terbaik sekali, dan orang lain perlu berubah seperti kita. Tapi please jangan jadi lalang, yang tidak ada pendirian diri sendiri.

4. Sentiasa bermotivasi tinggi dan bertenaga
Jelas dengan apa yang kita mahu capai akan menjadikan kita lebih bermotivasi tinggi. Namun untuk berjaya tidaklah semudah yang kita sangka. Allah pasti uji kita dengan pelbagai dugaan sebelum kita berjaya. Tang ni la kita perlu sentiasa motivasikan diri supaya tidak berhenti separuh jalan. Do keep moving ok?

5. Menerima teguran dan kritikan
Kita hanyalah manusia biasa, jadi sering melakukan kesilapan. So terima kritikan dan teguran dengan hati terbuka. Jangan terlampau simpan di dalam hati, nanti boleh sebabkan penyakit kanser hati (eh…ni saya tipu je ok, tapi kalau hari2 hati sakit lebih kurang cam kanser hati la kan)..Dan juga jangan segan untuk memberi teguran kepada orang lain untuk kebaikan dirinya. InsyaAllah, sama-sama kita mendapat manfaat. Gunakan teguran yang paling berhikmah utk keselesaan kedua2 pihak. Maki hamun tidak digalakkan ye!!

6. Tidak menyalahkan orang lain
Tidak meletakkan tanggungjawab kita pada orang lain. Bila tidak menjadi, sering menyalahkan orang lain. Salah sendiri memang tidak sedar. Owhhh..sila jangan begitu. Pastinya kita bertanggungjawab atas setiap keadaan yang melibatkan diri kita. Ini kalau salah buat keputusan, orang lain jugak yang disalahkan. Sedangkan jika kita salahkan orang lain, perkara tersebut tetap tidak kan berubah.
Saya rasa itu sahaja yang ingin saya kongsikan hari ini. Semoga sama-sama mendapat manfaat dalam membina diri yang lebih berjaya dalam apa jua bidang yang bakal kita ceburi.

Ikhlas dari

NorHasrin Abd Samad
Hp/+60127128727
Email :- aqfive@gmail.com