Kelemahan punca kegagalan

Punca dari semua Kegagalan adalah KELEMAHAN MANUSIA.
Dari masa ke masa kita dapat melihat manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai tujuan, tetapi segala usaha mereka tidak membuahkan hasil itu kerana mereka mengambil satu langkah yang salah.

Tidak ada satupun kerja dapat menghasilkan kejayaan dengan mengambil jalan "singkat".

Mungkin ini disebabkan oleh sifat pemalas, tidak sabar dan kurang keyakinan,apapun sebabnya ini merupakan punca kegagalan.

Antara lain kelemahan manusia adalah KEGAGALAN untuk melihat individu itu sendiri atau dengan kata lain kelemahan manusia merupakan batu penghalang untuk mencapai kearah objektif sebenar.
Untuk mengatasi kelemahan,terlebih dahulu kita harus memastikan apakah kelemahan tersebut, dari mana datangnya, bagaimana ianya mengganggu aktiviti kita seharian, apa manfaat-manfaat yang kita peroleh jika kita dapat mengatasi kelemahan itu, dan yang terakhir barulah kita dapat mencari dan tahu bagaimana mengatasi kelemahan tersebut.

Sepanjang perjalanan hidup ini, kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Ada yang kecil dan ada yang besar. Ada yang dilakukan tanpa disedari dan ada juga yang dilakukan secara sengaja. Sebagai manusia biasa, kita sering terdedah untuk melakukan pelbagai dosa.


Namun, kerana Allah itu Maha Pengampun maka kita masih diberi kesempatan untuk berubah, bertaubat dan istiqamah dengan perubahan yang kita lakukan. Walau sebesar manapun dosa yang kita lakukan, yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun dan berusahalah untuk bertaubat dengan bersungguh-sungguh.

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw seraya berkata,

”Jika aku berbuat dosa, apakah akan ditulis?”

Rasulullah saw menjawab,”Ya, akan ditulis.”

Lelaki itu bertanya lagi,”Bagaimana jika aku bertaubat?”

Rasulullah saw menjawab,”Akan dihapus.”

Lelaki itu bertanya lagi,”Bagaimana jika aku mengulangi lagi?”

Rasulullah saw menjawab,”Akan ditulis.”

Lelaki itu bertanya lagi,”Ya Rasulullah, bagaimana kalau aku bertaubat?”

Rasulullah saw menjawab,”Akan dihapus.”

Lelaki itupun berkata,”Ya Rasulullah, sampai bilakah Allah akan menghapus dosa?” Rasulullah saw menjawab,”Allah tidak akan bosan memberi ampunan sampai kalian bosan meminta ampun.” – (HR Thabrani dan al-Hakim)

Begitu kasihnya Allah kepada hamba-Nya yang ingin bertaubat dan berubah ke arah yang lebih baik. Jangan apabila tersalah langkah, kita malu untuk bertaubat. Bagi sesetangahnya, alang-alang dah buat jahat biarlah terus jadi jahat. Sedangkan Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk mereka yang ingin bertaubat. Saya juga ingin berkongsikan satu kisah yang saya ambil dari forum perbincangan iluvislam tentang keampunan Allah terhadap hamba-Nya yang melakukan dosa dan kesilapan.

Kisah masa zaman Nabi Musa..

Time tu kemarau dasyat amat, sehinggakan umat Nabi Musa

meminta Nabi Musa ntuk memohon pada Allah agar diturunkan hujan..

Berkumpul la semua pengikut Nabi Musa di satu kawasan lapang..

Maka, Nabi Musa pun berdoa.. Tapi, hujan masih tak turun2..

Bertanyalah Nabi Musa pada Allah,”Kenapa ya Allah?”

Allah pun berkata,”Sesungguhnya Musa, di dalam kelompok pengikutmu, ada seorang hamba-Ku yang telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun.. Kerana dia, hujan tidak akan turun. Keluarkan dia dari kelompok itu..”

Maka, Nabi Musa pun menyeru pada kelompok itu,”"Keluarlah wahai seorang hamba-Nya yang telah bermaksiat pada Allah selama 40 tahun.. Keluarlah dari sini. Kerana kamu hujan takkan turun..”

Lalu, tersedarlah hamba tersebut.. Dia jadi serba salah.. Kalau dia tak keluar, maka seluruh dari mereka akan mati kerana kemarau.. Tetapi, kalau dia keluar, dia akan berasa amat malu.. Malu sangat.. Lantas, dia berdoa pada Allah,”Ya Allah.. Selama 40 tahun ini, aku telah bermaksiat pada-Mu.. Tetapi Engkau masih menutup aibku hingga kini.. Ya Allah, aku bertaubat dengan-Mu.. Aku bertaubat.. Ya Allah, selamatkanlah aku..”

Hamba tersebut masih berada dalam kelompok itu dan terus berdoa..
Tak semena2.. Hujan pun turun mencurah2.. Terkejutlah Nabi Musa.. Nabi Musa pun bertanya kepada Allah, kenapakah? Allah menjawab,”Wahai Musa, Aku sangat gembira kerana hamba-Ku yang telah bermaksiat pada-Ku tadi telah bertaubat. Maka Aku turunkan hujan kerna dia telah bertaubat.” Nabi Musa pun berkata lagi,”Ya Allah, kau tunjukkanlah padaku siapakah hamba tersebut agar aku bisa bergembira dan dapat meraikan dia..”

Apa Allah kata selepas itu? Ini kata2 Allah.. “Wahai Musa, selama ini aku telah menutup aibnya selama 40 tahun.. Dan mana mungkin aku membuka aibnya kepadamu pada hari ini..”

Kepada kawan-kawan sekalian,

Andai kata kita telah melakukan kesilapan, kembalilah pada jalan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.